Wednesday, March 31, 2010

NHSB P1-P2 : Cerita Binatang

Hi murid-murid...

Kali ini cikgu telah memilih beberapa cerita binatang buat bahan pembelajaran Sastera Pelbagai Budaya (NHSB) kita.

Silalah lihat dan berbincanglah dengan kawan-kawan dan keluarga kamu tentang nilai moral dan watak binatang seperti Sang Kancil, Monyet, Buaya dan banyak lagi yang terdapat dalam cerita-cerita ini. Semoga kamu bersiap apabila tiba masanya untuk pelajaran Sastera Pelbagai Budaya nanti...
Selamat menonton...:)

Hikayat Sang Kancil dan Monyet



Sang Kancil dan Buaya



http://www.youtube.com/watch?v=Ixtz8_1JXvc

Monyet dan Buaya





Yang Dikejar Tidak Dapat



Dengar Guruh di Langit



Semut dengan Burung



Gagak Yang Bijak

Thursday, March 11, 2010

Projek Cuti Sekolah : Pohon Keluarga Saya

Hi murid-murid,
Cikgu harap kamu gembira sewaktu cuti ini. Untuk persiapan bagi unit 3: Keluarga Azlan, cikgu ingin kamu membuat 'pohon keluarga saya' seperti dalam buku teks muka surat 47. Hantarkan pada hari Isnin, 21/3/10 hari pertama penggal 2...
Selamat bercuti! :))

Salam sayang Cikgu Shikin

Wednesday, February 3, 2010

Pelajaran 'Siapa kamu?'

Hi murid-murid! Ini dia gambar-gambar dan video pelajaran 'siapa kawan saya'. Bolehlah kamu berkongsi bersama keluarga kamu... Selamat belajar! Salam Sayang C Shikin :) Pelajar mengumpul pelekat setiap kali menghabiskan tugasan yang diberi dengan baik.. Setiap 10 pelekat pelajar boleh menukarkannya dengan hadiah.Lihatlah ada ramai yang sudah hampir menlengkapi 10 pelekat! Cepat-cepat nanti hadiah habis!

Kad Pencapaian Pelajar yang dipenuhi pelekat.

Nurin berjaya mengumpul 10 pelekat dan mendapat hadiah sebuah anak patung. Syabas Nurin! Kawan-kawan yang lain cepatlah cuba!!!

Pemenang : Nurin 1D

Murid menjadi Guru...

WOW! Lihat murid menjadi guru... Hilmi mengajar...


Ain beraksi


Zuhairi serius mengajar...


Irdina ajar apa?


Lutfil kata," Mari kita baca bersama.."


Hmm...Syahirah bukan main lagi


Wah, Nurin boleh menjadi gurulah!


Selain mengajar, kawan-kawan kita pun boleh bercerita. Lihatlah mereka bercerita...

Nina dan patungnya...


Filza gembira berkongsi cerita


Eiryan lupa dialog ke? :))


VIDEO PERMAINAN : SIAPA KAWAN SAYA...


Monday, February 1, 2010

Bahan Video Pelajaran Bacaan P1

Pelajar P1 sila ikuti video vokal ini sebagai aktiviti ulangan...selamat belajar! :)



Bagi ibu bapa yang menginginkan buku bersiri Bacalah Anakku silalah berjumpa dengan Cikgu Shikin.

Mari Membaca siri Bacalah Annakku